Wednesday 1 June 2011

percubaan menulis.

pada waktu petang begini memang sangat seronok rasanya melihat keindahan alam. lebih-lebih lagi jika berada di tepi laut, melihat matahari terbenam. terbenamnya umpama ditarik ke dasar laut. tetapi hakikatnya matahari ini pergi melaksanakan arahan Allah di tempat lain pula. memang begitu. inilah yang dinamakan putaran alam.

"ayah, siapa yang buat matahari?", tanya Khalid kepada ayahnya.

"Allah yang buat matahari tu wahai Ahmad Khalid", jawab ayahnya dengan senyuman manis terukir di wajahnya. Ahmad Khalid. itulah nama yang dipersetujui olehnya dan arwah isterinya dahulu, Siti Sofiya. Khalid sekarang sudah berumur 4 tahun, manakala adik kecilnya Naurah Syafiqah baru berumur 2 tahun. Sofiya, bersabung nyawa ketika hendak melahirkan Syafiqah. namun, setiap segala sesuatu itu milik Allah termasuk Siti Sofiya bt. Majid.

"Allah buat apa lagi ayah?", tanya Khalid lagi. jiwa kecilnya meronta-ronta ingin tahu apa lagi yang Allah buat di dunia ini walaupun dia masih kecil.

"hmmm.. segalanya anakku. Allah yang ciptakan segalanya, termasuk diri Khalid sendiri.", jawabnya sambil mencebikkan bibirnya ke arah Khalid.

memang indah pada waktu petang ini. Syafiqah sudah lama dibuai mimpi di dalam kereta. hanya Khalid dan ayahnya yang melihat matahari terbenam itu. kawasan itu memang tidak ramai orang kerana tempat itu sedikit tersorok. umpama tempat rahsia.

"mari sini Khalid, ayah mahu dukung kamu. sudah lama rasanya tidak mendukung kamu. sudah berat agaknya. hahaha.", lalu Ahmad Zhariff pun mendokong anaknya.

"ikut apa yang ayah sebut tau Khalid. subhanAllah. cepat ikut." kata ayahnya.

"subhanAllah." Khalid meniru apa yang ayahnya sebut tanpa banyak soal.

kemudian Zhariff pun tersenyum melihat anaknya itu. memang dia sayangkan anak-anaknya itu lebih daripada dirinya sendiri. walaupun dia tidak mampu menjadi ayah yang terbaik di dunia ini, namun dia tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk Khalid dan Syafiqah. kerana itulah janjinya terhadap isterinya sebelum dia meninggal dunia 2 tahun yang lalu.

"ingatlah Khalid, di dunia ini tiada yang kekal melainkan Allah. tiada yang berkuasa melainkan Allah. Allah jualah pemilik kerajaan yang takkan pernah pupus. ingat tu!" pesan ayahnya bersungguh-sungguh dengan tujuan supaya Khalid sematkan kata-kata itu ke dalam sanubarinya.

memang. Allah jualah yang akan kekal. kekal selama-lamanya. dan kita al-Quran sebagai petunjuk untuk umat manusia. tapi sayang, manusia jugalah yang menggelapkan hati mereka sendiri. inilah yang terjadi ke atas umat Islam pada hari ini. sedih melihatnya. tetapi, hidayah itu milik Allah. hak mutlak Allah. Allah kurniakan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Khalid merenung jauh ke arah laut. melihat matahari yang 'ditarik ke dalam laut'. dia melambai-lambai ke arah matahari itu sambil diperhatikan ayahnya.

"jomlah kita balik Khalid. malam ni ayah masakkan lauk yang sedap untuk Khalid dan Syafiqah." kata Zhariff sambil menarik tangan Khalid menuju ke arah keretanya itu. Khalid menuruti saja kata-kata ayahnya.

tamat.



kisah ini takde kene mengena antara yang masih ada atau yang dah takde. first time kot menulis ni. haha. cerita tah pape je kan. haha. maklumlah, baru je start. ni pun bosan. takde idea lah. huhu. harap kita boleh ambik apa yang baik, dan yg buruk tu buang jauh2 dari hidup kita.

kawan2, ingatlah. Allah jualah yg berkuasa di dunia ini. Allah Maha Besar. ingat tu ye! :)
insyaAllah kalau ada idea lagi, akan dipost dlm blog ni. jaga diri semua. ;)

salam alayk!

Saturday 21 May 2011

Muhammad Bin Abdullah, kekasih Allah.

assalamualaikum semua. apa khabar? harap semua baik2 saja. rasanya ni post utk yg pertama bulan Mei ni. jarang update blog la. maaf semua. alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat drpd Allah. nikmat masa, nikmat sihat dan mcm2 lagi la nikmat kan. tak terkira. betapa sayangnya Allah pada kita kan. jadi, bagaimana pula dgn kita? tepuk dada, tanya iman. :)

insyaAllah post kali ni sedikit sebanyak mengenai kekasih Allah, Muhammad Rasulullah SAW. berapa ramai antara kita yg akan sebak hatinya, meruntun jiwanya apabila diingatkan mengenai insan yg zuhud ini. Muhammad Ibn Abdullah, Al-Amin. tak pernah bercakap bohong. Rasul yg terakhir, pembawa risalah, ayat-ayat cinta yg amat suci drpd Allah. Allah turunkan al-Quran kpd hambanya dgn tujuan kitab ini akan menjadi petunjuk kpd manusia sehinggi hari Qiamat kelak.

tapi berapa ramai antara kita yg sentiasa ingat kpd Baginda Muhammad, pemimpin teragung di dunia ni? selawat dan salam ke atas Rasul junjungan kita. Allah dan para malaikat pun berselawat. jadi, kita pun kene la berselawat ke atas nabi. banyak fadhilatnya.

Nabi Muhammad, tak pernah hidup senang. Baginda hidup bagi menyempurnakan tugasnya sebagar seorg Rasul. Rasul yg menjadi kekasih Allah sepanjang zaman. kelahiran Baginda membawa rahmat ke seluruh alam. knp dikatakan seluruh alam? mcm2 alam ada di dunia ni. alam manusia, alam batu, alam pokok dan mcm2 lagi. pernah suatu ketika batu yg nabi gunakan bergerak sendiri. bila ditanya, kenapa tak mahu berhenti? batu itu mengatakan bahawa dia tak nak tergolong drpd golongan ahli neraka. ini batu! bukan manusia. bagaimana pula dgn kita kwn2? batu pun tak ingin mencampakkan dirinya ke dlm neraka. jadi kenapa perlu kita menjerumuskan diri kita ke neraka? kalau kita boleh pilih utk jadi kurang baik, kenapa tidak pilih utk jadi lebih baik? fikirkan sebaik mungkin.

Muhammad Ibn Abdullah. tak pernah merasa utk hidup dlm kemewahan. kekasih Allah sendiri tak pernah merasakan kesenangan, kemewahan dunia yg sementara ni. siapa kita utk lebih senang dan mewah drpd Rasul kita tu? jika tiada makanan, Baginda akan berpuasa. kalau mkn pun mkn roti saja. takde mcm kita sekarang ni, ayam masak lemak cili api, ikan keli sambal, mcm2 lagi. Baginda tak rasa semua tu. betapa susahnya hidup Baginda. walaupun  seorang pemerintah!

tgk balik pada diri kita, adakah kita jauh atau dekat kpd Nabi Muhammad. jgn lah buat sesuatu yg menjauhkan diri drpd Baginda. sesungguhnya Baginda amat mencintai kita. tapi, bagaimana dgn kita? sudah cukup cintakan Allah? sudah cukup cintakan Rasulullah? tanya diri kita sendiri sbb kita lebih arif mengenai diri kita.

marilah kita sama2 berubah ke arabb kebaikan. berusaha ke arah tu. tunjukkan usaha. tabahkan hati. Allah sentiasa bersama kita. mmg tugas antara manusia, saling mengingati. bila kita ingatkan org lain, insyaAllah kita pun akan ingat kan :)

jadi, rasanya sampai sini saja utk post kali ni. insyaAllah, kalau berkesempatan, berkelapangan, dikurniakan idea yg sementara drpd Allah, akan dicurahkan idea di sini. aseef jiddan kalau ada salah bicara. manusia sentiasa awam dgn kesilapan dan dosa. mohon sama2 dijauhkan daripada syaitan dan iblis, insyaAllah. jadi, kwn2, jaga diri kat luar sana ye :)

salam alayk! :)

Friday 29 April 2011

Islam..

assalamualaikum semua. apa khabar? harap anda semua baca post ni dlm keadaan yg sihat, insyaAllah.
segala puji bagi Allah, Tuhan dan Pemilik sekalian alam, sekalian makhluk. sujudlah kpd Allah, dan jgn sesekali ingkari perintah dan larangan-Nya. Allah yg mencipta kita, jadi Dia lebih tahu apa yg baik dan apa yg buruk bagi kita kan :)

sentiasalah berbuat amal kebaikan. jgn rasakan diri kita ni dah baik sgt. jgn jgn jgn ye :)
syaitan dulu yg menyembah Allah sebelum Allah cipta kita. sujud kpd Allah dgn sebenar2 sujud. takut kpd Allah.
bertaqwa lah kpd Allah. krn itulah yg membezakan kita dgn org lain. keimanan dan ketaqwaan kpd Allah! :)

jadi, perkara yg ingin dibincangkan kali ni ialah agama Islam itu sendiri sbg agama rasmi seperti yg termaktub dlm Federal Constitution negara kita ni. masuklah bab law sikit. :)
jadi seperti yg kita ketahui, Islam ni agama yg tertinggi, teragung yg dibawa oleh manusia yg baik, takde tolok bandingnya. rasulullah yg membawa cahaya bkn saja utk manusia, tp utk sekalian alam. meliputi sekalian alam! begitu besar kuasa Allah. masih lagi ada sesetengah pihak yg tak dpt melihat perkara ini. semoga diberi petunjuk oleh Allah. :)

Islam didahulukan, hudud diperjuangkan. itulah yg sepatutnya diperjuangkan oleh mereka yg beragama Islam. dahulukan Islam sebagaimana nabi muhammad rasul junjungan kita lakukan. lihat bagaimana baginda melaksanakan tugas baginda dgn sebaik mungkin. tiada sbb utk kita beri alasan. zaman baginda jauh lebih susah, tetapi baginda dpt lakukan tugasnya sbg seorg rasul, pemimpin, suami dan seorg ayah dgn cukup baik.

jika inginkan contoh pemimpin yg terbaik, Muhammad bin Abdullah lah insannya. jika inginkan contoh suami yg baik, Muhammad bin Abdullah lah insannya. begitu juga dgn ayah. bagaimana baginda mendidik isteri2 dan anak2 baginda dgn begitu baik sekali. sungguhpun byk tugas yg dipikul oleh nabi. tak lain tak bukan, semestinya Nabi Muhammad merasakan setiap perkara itu adalah tugas yg besar yg dikurniakan oleh Allah, kekasihnya.

jika kita rasakan kita ni sudah menjadi seorg muslim atau mukmin yg cukup baik, muhasabah semula diri kita.
fikir apa yg kita dah buat. adakah amalan kita sudah cukup utk mengalahkan timbangan dosa kelak? fikir2kan. kita sbg org Islam, sepatutnya merasakan setiap tanggungjawab itu adalah anugerah drpd Allah dan wajib dilaksanakan dgn sebaik mungkin! nnt dlm kubur, kita jugak yg kene soal. takde siapa yg boleh tolong kita. kita sendiri yg akan jawab. apa yg kita bawak utk menghadap Allah kelak?! harta? pangkat? semua tu tak dpt tolong kita. hanya amalan saja yg akan diambil kira.

letakkan dlm diri kita tanggungjawab sbg muslim. nnt kalau Allah tanya kita, apa sumbangan kau terhadap agama-Ku? apa kita nk jwb? apa yg kita dah buat, apa yg kita dah tolong utk tegakkan syiar Allah di muka bumi ni? berapa byk sgt la kita dah buat berbanding mereka yg terdahulu drpd kita. mereka jauh lebih mulia drpd kita. jgn nak perasan diri kita dah baik sgt!

sbb tu setiap hari kalau boleh sebelum tidur tu, ambik kalkulator, kira berapa byk dosa kita dah buat sejak kita celikkan mata kita. tak payah kira pahala. kira dosa je.fikirkan amalan kita. 20 tahun, 30 tahun hidup di bumi, apa jasa kita pada Islam?

jadi kwn2 sekalian, sampai sini dlu post utk kali ni.
insyaAllah jika berkelapangan, akan dipost lagi mengenai tajuk2 yg lain.

segala puji bg Allah yg meminjamkan kita masa-Nya utk membaca, berkarya dan lain2 lagi.
semoga menjadi insan yg lebih baik dlm hari2 yg mendatang.
Allahumma ameen.

salam alayk! :)

Friday 15 April 2011

peringatan utk semua :)

assalamualaikum. apa khabar semua? harap semua baik2 saja :)
alhamdulillah masih berkelapangan utk post something. masih dikurniakan nikmat masa, nikmat umur, nikmat kesihatan dan mcm2 lagi lah kan. mcm2 nikmat yg Allah kurniakan kpd kita ni. sbb tu lah kita sentiasa berhutang dgn Allah. dah la Allah yg cipta kita, bagi kita mcm2 lagi kan. so, jgn lah kita buat Allah jadi murka pada kita. buat apa yg disuruh, tinggalkan apa yg dilarang. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui :)

kali ni, insyaAllah benda yg nk dishare ialah... emm... kisah aku ke klcc. haha. walaupun bunyik mcm apa2 ntah. tp aku cuba la ceritakan kat sini sebaik mungkin :) aku pun tak ingat la bila benda ni berlaku. tp yg aku ingat dgn terang, jelas lagi nyata ialah aku naik lrt nak pegi ke klcc time tu. ada urusan apa pun tak ingat la. aku pegi pun sorg je.

masa aku duduk dlm lrt tu, ada 2 org perempuan duduk depan aku. yg 'kurang' tutup aurat tu betul2 depan aku. yg sebelah dia pulak perempuan berjubah, bertudung labuh, pakai handsocks, stoking dan jugak kasut. aku tersenyum. Maha Kuasa Allah, Maha Suci Allah. kat mana2 pun, setiap perkara yg terjadi, boleh diambil sbg teladan kan :)

otak aku pun berpikir. apakah yg membezakan gaya dua org muslimah ini. mungkin perempuan A ni kurang mendapat petunjuk ataupun kurang didikan agama. siapa tahu? wAllahu'alam. byk sebenarnya teladan yg boleh diambil drpd peristiwa ni. kdg2 tu sampai sekarang pun aku terpikir, tersenyum sorg2. betul apa yg dipelajari selama ni. hanya Allah saja yg berhak kpd siapa Dia hendak turunkan hidayah dan cahaya utk menjadi penyuluh kehidupan kan kwn2 :)

mungkin juga org2 spt mereka ni kurang didikan agama. bukanlah hendak menuding jari kpd sesiapa kan. tapi, bayangkan bila org lain nampak. mungkin dlm hati berkata, anak siapa tu? mak bapak dia tak ajar ke? jadi, bila kita kemana pun, jaga diri kita. jaga sebaik mungkin. jgn sampai dicaci di hadapan manusia juga di hadapan Allah kelak. takut bila kenangkan balik azab Allah. tapi, kita manusia ni mmg suka buat sesuatu ikut nafsu sendiri. musuh utama kita, nafsu!

berbalik kpd 2 org perempuan tadi, perempuan B amat menjaga kehormatan dirinya dan mungkin dia rasakan kehormatannya itu utk org yg halal baginya, mungkin! mungkin juga dia takutkan azab Allah. penghuni neraka lebih ramai wanita drpd lelaki. knp Allah menjaga benar kaum hawa ini? sbb mungkin mereka kaum yg mulia. mereka cukup mudah utk masuk ke syurga, juga cukup mudah utk masuk ke neraka.

peringatan utk semua, lelaki mahupun wanita, tutup lah aurat anda sebaik2nya. tutup setutup tutup tutupnya okay! ;) syariat ini bukan saya yg buat, Allah yg buat. sbg khalifah, saling mengingati tu kan perlu. saya ingat, anda pun ingat kan :)

Allah buat sesuatu itu bersebab. Allah sygkan hamba2nya. best kan Allah sygkan kita :)
Allah Maha Mengetahui.

rasanya sampai sini dululah post ni okay. nnt kalau datang lagi idea2 ke, peristiwa2 ke, kalau sesuai utk dipost atau share, insyaAllah akan dilakukan.

kwn2, jaga diri baik2 di luar sana. Allah sentiasa memerhatikan kita. always and forever :)

kalau panjang umur, insyaAllah jumpa lagi.
salam alayk aidhon :)

Friday 25 March 2011

Bahasa Arab bukan beban, tetapi kelebihan!

assalamualaikum! apa khabar semua? harap baik2 saja insyaAllah :)

rasanya dah seminggu lebih kot tak update blog ni. biasa la. kelas pun dah mula (shortsem).
org busy la katakan. hahaha. busy la sgt kan.
busy2 kita kat dunia ni pun, jgn lupa utk mengabdikan diri kpd Allah okeh ;)
we are in debt with Allah, always and forever. remember that.

apa nak ckp ek kali ni? emm...
20mac2011 haritu aku dah balik UIA PJ utk amek shortsem. daftar laa kt mahallah Abu Bakr.
lepas daftar, kemas la bilik tu sikit dgn kemas barang2. byk barang. biasa la, model kan. hehe.

so, 21mac start la kelas aku kat UIA tu. kelas semua dekat blok E. org ramai ckp kat situ mcm chalet.
ermm.. boleh la kot. hahaha. hari first belum start lecture lg. pagi takde kelas.
petang baru ada. tu pun taaruf je. biasa la. kelas first la katakan. :)

semua kelas berjalan lancar selama seminggu. kira ok la.
lupa nak ckp. shortsem ni aku amik arab je. satu subjek. cam rilek je kan bunyik.
tapi hakikatnya Arab aku ni ada 32jam seminggu sepatutnya. tp department Arab baik hati, diorg cut jd 28jam.
korg kira la satu hari berapa jam kelas arab. haha.

Bahasa Arab? 95% akan ckp bahasa ni susah la, pening nak belajar la, apa la.
mmg akan ada byk alasan. tapi kene ingat, bahasa Arab bahasa syurga.
taknak ke kita belajar bahasa ahli syurga. kita kan semua berasal drpd syurga.
kampung halaman kita syurga. mesti kita nak balik semula ke kampung kita kan?
cuba kita fikir2kan.

kenapa perlu cakap susah? cuba jadikan subjek Arab ni subjek yg kita minat mcm kita minat sejarah ke, bio ke, chemist ke, syariah ke. boleh? mesti boleh kan?
kalau kita nak semua boleh jee. kalau yg taknak tu mmg la ckp tak boleh.
lughoh arobiyyah hiya lughoh jannah, lughoh anbiya, lughoh dhod.
even kat UIA ada je yg mengeluh psl subjek ni.
tak ke patutnya kita bangga kita belajar bahasa baginda kita yg kita junjung.
dok selawat nabi hari2, sedap bukan main lagi. tp tak nak belajar Arab. tak suka. isk3. sedih siot.
tak ke nabi bangga umat baginda bukan takat syg kan baginda, tp siap belajar bahasa Quran lagi.
pehhh. mmg terbaik laaa. Allah dgn nabi pun syg kita la cmtu. kan kan kan?

jadi, pikir2kan laa. bahasa Arab bukan beban, tapi kelebihan malah anugerah yg Allah bagi kat kita.
take advantage okeh? ;)
lai lai semua kita belajar bahasa syurga. nnt kat dlm syurga boleh kecek Arab beb. style kan? :)

rasanya sampai sini je kot utk post kali ni. nnt ada masa, insyaAllah akan dipost lagi apa2 yg patut :)

salam alayk aidhon!

Tuesday 15 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa 2. must read.

assalamualaikum. apa khabar semua? harap sentiasa berada dlm keadaan yg baik. insyaAllah. alhamdulillah, masih lagi berkesempatan utk post blog ni. taktau lah berapa panjang lagi umur kita kan :)

pada 15mac2011, aku keluar rumah, lepak2 dgn member2 sbpis aku dulu. hehe. ahmad azfar, syafiq k, huzaifah ngn alep daud. bukan senang nak jumpa diorg ni (azfar, syafiq, cepah). so, ada kesempatan ni, jumpa la diorg. bukan selalu kan :) nak2 pulak aku mmg rapat dgn diorg. hehe.


so, aku gerak dr rumah dlm pukul 9.30 mcm tu. then terus ke mahkota parade. azfar dah sampai dulu dgn syafiq. then aku jumpa diorg kat dlm mp tu. dah lama tak jumpa. azfar dah makin kurus, syafiq still same as usual. as simple as he can be. haha. then dah jumpa, salam2 apa semua, cepah dgn alep lak dtg. kitorg pusing2 mp jap. then cadang2 nak buat apa nnt. katanya nak tgk wayang. ok lah. layan je la. hehe. tp nak tgk kat gsc dataran pahlawan la. kat depan je pun. then jalan2 sampai dp, g gsc dia. ramai gak la org. :)

azfar pegi kat kaunter, nak beli tiket. kitorg tak kisah nak tgk cite apa pun. apa2? Rango 5 org. haha. layan Rango. Johny Depp. mmg best. sama je perangai mcm dlm POC. kelakar. hahaha. cite tu lama la gk. dlm 1jam45minit. sambil makan popcorn dlm tu. habis dlm pukul 1.45 lbh kurang. pergi surau dp yg sempit tu. haishh. buat la besar sket. hahaha. aku ni dah la besar. XD lupa nak ckp. keluar je wayang lepas tgk Rango, budak2 ni semua gentle, layan wayang lagi. haha. cite nyer? HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. haha. cite yg aku dah tgk. tp diorg belum lg la. aku pun set je. aku g kaunter. beli HMM 5. duduk belah tepi. layan. mmg best pun. aku tak kisah :)

lepas solat zuhur, pegi makan kat kedai mamak. masing2 bayar sendiri. haha. kalau dah keje boleh la nak belanja2 kan. then cepat2 pegi gsc. HMM dah nak start, pukul 2.40pm. kali ni msk tak beli apa2. dah kenyang. alhamdulillah. syukur2. nabi dulu pun hidup susah. kalau takde makanan, nabi puasa. kita ni dah cukup senang dah. tu pun still susah nak bersyukur. masuk balik cite. tgk la HMM. lama gak. dalam 1jam50minit. aku duduk sebelah syafiq. hehe. tgk2 babak2 dia lawan apa semua. ramai jugak yg tengok.

habis je cite. keluar. terus pegi surau mp. solat asar pulak. azfar pun park kereta dia kt sana. tiket syafiq balik seremban pukul 5.30. sampai2 je kat mc, bas dia da jalan. lambat dlm 10 minit. terpaksa la dia beli tiket baru :) pukul 6.30. then azfar teman dia sampai dia naik bas. aku balik naik bas balik rumah. bas biasa je. takde express pun. hahaha. sampai rumah dlm pukul 7. lambat sungguh. haha. lupa nak ckp.

ohh. lupa nak ckp. sebelum tgk Rangi, azfar belanja kitorg mkn kek secret recipe. thank u azfar. haha. aku amek satu slice choc indulgence. member2 yg lain ada yg amek strawberry, butter. macam2 lagi. haha. kitorg tukar2 la time mkn tu. we owe u azfar. :) thats what we call friendship :)

masing2 sudah sampai rumah. alhamdulillah. hari ni mmg best. nnt kalau panjang umur kita jumpa lg eh guys.
kau org mmg best! :)

apa pengajaran hari ni? hmmm. persahabatan. kitorg mmg baik dr zaman sekolah lagi. dkat sekolah dulu lagi, kitorg mmg biasa nya blanja2 ni. nak2 kalau mlm balik wajib. mlm tu jarang nak blaja. ddk kantin, mkn2, borak2. haha. aku rindu saat2 tu semua. tak lupe gak. ada member aku lg sorg. akmal haziq. kat uitm puncak alam. bila lagi kitorg boleh jumpa kau bro? we're rhazes kan (al-razi, nama kelas kitorg).

jadi, bila kita dah bina persahabatan dgn someone, jaga dgn baik. bersahabat kerana Allah. ingat tu ye. jg kawan kita baik2. skrn mmg susah nak jumpa kwn2 yg betul2 baik. ingat ye :)

ada masa kita keluar lagi kwn. miss u guys :) ukkhwah fillah.

salam alayk aidhon :)

Saturday 12 March 2011

dimana sensitiviti sebagai seorang Muslim!

assalamualaikum. apa khabar semua? harap sihat2 je ok :)

alhamdulillah, masih lg dikurniakan nikmat masa, nikmat kesihatan utk type di blog aku ni.
tp peliknya kita sbg seorg Muslim, jarang dan jauh sekali utk bersyukur dgn nikmat kurniaan Allah ni kan?
biasalah tu. kalau dah tak sihat, kalau dah busy dgn kerja2 yg byk, barulah kita nak berdoa, baru nak carik Allah. tak malu sungguh kan  kita ni. lepas tu nak masuk syurga pulak. amalan tah seberapa. dosa lagi berat dari pahala. huhu. sama2 muhasab diri kita ni. malam2 sebelum tidur tu amek la kalkulator, kira dosa yg kita dah buat ni. okeh??? :)

dimana sensitiviti kita sbg seorang Muslim? tak kesah lah kita ni kuli ke, pegawai ke, penyapu sampah ke, perdana menteri ke, ceo mana2 syarikat, selagi kita ni org Islam, kita wajib mengamalkan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg dilarang. kerja2 dakwah ni bukannya kita letak di tgn mubaligh saja. dakwah itu wajib dan mesti ditunaikan oleh setiap org Muslim kan. kalau kita tinggal solat dan rasa bersalah (kalau rasa bersalah la), kita akan tetap solat, menunjukkan yg masih ada iman dlm diri walaupun sikit. tp kenapa kita rasa mcm tak bersalah bila tinggalkan dakwah? sedangkan dakwah wajib. sama saja seperti solat kan? guna akal, maknakan dgn hati, tanya diri kita sendiri.

sebagai seorg Muslim, kita kene peka dgn keadaan sekeliling kita. ambik tau apa yg terjadi sekeliling kita. contohnya tsunami kat Jepun dgn Hawaii baru2 ni. time tu aku tgh tido. bangun2 je, tgk internet, tsunami alert. terkejut! Allah yg mengkehendaki sesuatu itu untuk terjadi. kalau Allah nak buat, blh je. tak payah ambik jauh2 la. ambik dekat2 je. contoh yg sgt simple. pukul 8 sihat, then tiba2 8.15 tibe2 sakit kepala. ambik ubat. tak elok2 gak. marah! ubat tak bg effect. kau ingat ubat tu Tuhan ke nak bg kau sihat? ubat tu hanyalah wasilah saja. kalau Allah taknak bg kau sihat, tak jd jugak. takdenya kau sihat.

alert with surroundings. pernah berlaku dlm negara dulu. isu kalimah Allah yg digunakan dlm gereja. wah, bukan main marah lagi. ckp tak blh lah, itulah, inilah. padahal ada je lagi hal dlm Islam yg tak settle2. aku bg contoh yg senang la. dkat batu nisan tu, ada je kalimah Allah kan yg diukir dkat batu nisan tu. dah tu, kita dtg kubur, duduk atas batu nisan, jalan sebelah batu nisan, mana kau letak nama Allah tu? paras kaki kau? setel kan hal yg dlm kain dulu. take note that, aku tak attack mana2 side.

as a Muslim. look at ourselves. adakah kita dah cukup baik? bagi remaja2 mcm aku ni. tgk balik diri kita. tgk amalan kita. dah cukup belom? utk mereka2 yg dah berumahtangga. dah cukup nafkah yg kita bg utk keluarga? adakah kita ni pemimpin yg adil dlm keluarga kita? sang suami, jg isteri, jg anak baik2. nnt kita yg akan disoalkan. ingat tu! ni kalau isteri anak pun tak blh jaga. isteri huha huha dgn tak pakai tudungnya, rambut pulak mcm sarang tebuan. mintak kita semua dijauhkan la dari benda2 mcm ni.

tentang isu kebangkitan dekat Tunisia, Mesir dgn Libya tu, memperlihatkan kpd kita betapa mereka bersungguh utk dptkan hak mereka. utk dptkan pemerintahan yg adil. pemerintahan yg adil itu wajib diperjuangkan dan negara Islam wajib didirikan. tak guna kalau sesebuah tempat maju, tapi takde Islam kat tempat tu. rakyat2 kat negara2 tu sgt bersemangat sbb mereka tau dan sedar tentang ajaran dan tuntutan Islam di dunia ni. jihad yg besar pd zaman sekarang ni, ialah seorg rakyat yg biasa, menegur pemerintah yg zalim. Malaysia, ambik peristiwa2 ni sebagai pengajaran. kami mahu pemerintahan yg adil. take note that adil bukan pembahagian sama rata, adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. ingat tu! jgn sampai Malaysia jadi seperti negara2 tersebut. hidup kan hidup dan mati kan mati sebagai seorg mu'min di bumi Allah yg luas ni.

kami nak pemerintahan secara Islam daripada pemerintah yg betul ingin menegakkan Islam. bukan yg hanya tahu berpura2 di depan org ramai. depan2 ckp nk bangunkan negara Islam, tp dalam masa yg sama ajaran nabi ditolak sama sekali, larangan nabi seronok utk diamalkan. aku taknak ada pemerintah yg mcm ni. buat rosak negara je.

jadi, sampai sini jela post utk kali ni. insyaAllah, kalau ada lagi, akan dipost la di blog ni.
jaga diri semua. Allah is watching!
panjang umur jumpa lagi.

salam alayk aidhon :)