Saturday 12 March 2011

dimana sensitiviti sebagai seorang Muslim!

assalamualaikum. apa khabar semua? harap sihat2 je ok :)

alhamdulillah, masih lg dikurniakan nikmat masa, nikmat kesihatan utk type di blog aku ni.
tp peliknya kita sbg seorg Muslim, jarang dan jauh sekali utk bersyukur dgn nikmat kurniaan Allah ni kan?
biasalah tu. kalau dah tak sihat, kalau dah busy dgn kerja2 yg byk, barulah kita nak berdoa, baru nak carik Allah. tak malu sungguh kan  kita ni. lepas tu nak masuk syurga pulak. amalan tah seberapa. dosa lagi berat dari pahala. huhu. sama2 muhasab diri kita ni. malam2 sebelum tidur tu amek la kalkulator, kira dosa yg kita dah buat ni. okeh??? :)

dimana sensitiviti kita sbg seorang Muslim? tak kesah lah kita ni kuli ke, pegawai ke, penyapu sampah ke, perdana menteri ke, ceo mana2 syarikat, selagi kita ni org Islam, kita wajib mengamalkan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg dilarang. kerja2 dakwah ni bukannya kita letak di tgn mubaligh saja. dakwah itu wajib dan mesti ditunaikan oleh setiap org Muslim kan. kalau kita tinggal solat dan rasa bersalah (kalau rasa bersalah la), kita akan tetap solat, menunjukkan yg masih ada iman dlm diri walaupun sikit. tp kenapa kita rasa mcm tak bersalah bila tinggalkan dakwah? sedangkan dakwah wajib. sama saja seperti solat kan? guna akal, maknakan dgn hati, tanya diri kita sendiri.

sebagai seorg Muslim, kita kene peka dgn keadaan sekeliling kita. ambik tau apa yg terjadi sekeliling kita. contohnya tsunami kat Jepun dgn Hawaii baru2 ni. time tu aku tgh tido. bangun2 je, tgk internet, tsunami alert. terkejut! Allah yg mengkehendaki sesuatu itu untuk terjadi. kalau Allah nak buat, blh je. tak payah ambik jauh2 la. ambik dekat2 je. contoh yg sgt simple. pukul 8 sihat, then tiba2 8.15 tibe2 sakit kepala. ambik ubat. tak elok2 gak. marah! ubat tak bg effect. kau ingat ubat tu Tuhan ke nak bg kau sihat? ubat tu hanyalah wasilah saja. kalau Allah taknak bg kau sihat, tak jd jugak. takdenya kau sihat.

alert with surroundings. pernah berlaku dlm negara dulu. isu kalimah Allah yg digunakan dlm gereja. wah, bukan main marah lagi. ckp tak blh lah, itulah, inilah. padahal ada je lagi hal dlm Islam yg tak settle2. aku bg contoh yg senang la. dkat batu nisan tu, ada je kalimah Allah kan yg diukir dkat batu nisan tu. dah tu, kita dtg kubur, duduk atas batu nisan, jalan sebelah batu nisan, mana kau letak nama Allah tu? paras kaki kau? setel kan hal yg dlm kain dulu. take note that, aku tak attack mana2 side.

as a Muslim. look at ourselves. adakah kita dah cukup baik? bagi remaja2 mcm aku ni. tgk balik diri kita. tgk amalan kita. dah cukup belom? utk mereka2 yg dah berumahtangga. dah cukup nafkah yg kita bg utk keluarga? adakah kita ni pemimpin yg adil dlm keluarga kita? sang suami, jg isteri, jg anak baik2. nnt kita yg akan disoalkan. ingat tu! ni kalau isteri anak pun tak blh jaga. isteri huha huha dgn tak pakai tudungnya, rambut pulak mcm sarang tebuan. mintak kita semua dijauhkan la dari benda2 mcm ni.

tentang isu kebangkitan dekat Tunisia, Mesir dgn Libya tu, memperlihatkan kpd kita betapa mereka bersungguh utk dptkan hak mereka. utk dptkan pemerintahan yg adil. pemerintahan yg adil itu wajib diperjuangkan dan negara Islam wajib didirikan. tak guna kalau sesebuah tempat maju, tapi takde Islam kat tempat tu. rakyat2 kat negara2 tu sgt bersemangat sbb mereka tau dan sedar tentang ajaran dan tuntutan Islam di dunia ni. jihad yg besar pd zaman sekarang ni, ialah seorg rakyat yg biasa, menegur pemerintah yg zalim. Malaysia, ambik peristiwa2 ni sebagai pengajaran. kami mahu pemerintahan yg adil. take note that adil bukan pembahagian sama rata, adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. ingat tu! jgn sampai Malaysia jadi seperti negara2 tersebut. hidup kan hidup dan mati kan mati sebagai seorg mu'min di bumi Allah yg luas ni.

kami nak pemerintahan secara Islam daripada pemerintah yg betul ingin menegakkan Islam. bukan yg hanya tahu berpura2 di depan org ramai. depan2 ckp nk bangunkan negara Islam, tp dalam masa yg sama ajaran nabi ditolak sama sekali, larangan nabi seronok utk diamalkan. aku taknak ada pemerintah yg mcm ni. buat rosak negara je.

jadi, sampai sini jela post utk kali ni. insyaAllah, kalau ada lagi, akan dipost la di blog ni.
jaga diri semua. Allah is watching!
panjang umur jumpa lagi.

salam alayk aidhon :)

No comments:

Post a Comment