Friday 25 March 2011

Bahasa Arab bukan beban, tetapi kelebihan!

assalamualaikum! apa khabar semua? harap baik2 saja insyaAllah :)

rasanya dah seminggu lebih kot tak update blog ni. biasa la. kelas pun dah mula (shortsem).
org busy la katakan. hahaha. busy la sgt kan.
busy2 kita kat dunia ni pun, jgn lupa utk mengabdikan diri kpd Allah okeh ;)
we are in debt with Allah, always and forever. remember that.

apa nak ckp ek kali ni? emm...
20mac2011 haritu aku dah balik UIA PJ utk amek shortsem. daftar laa kt mahallah Abu Bakr.
lepas daftar, kemas la bilik tu sikit dgn kemas barang2. byk barang. biasa la, model kan. hehe.

so, 21mac start la kelas aku kat UIA tu. kelas semua dekat blok E. org ramai ckp kat situ mcm chalet.
ermm.. boleh la kot. hahaha. hari first belum start lecture lg. pagi takde kelas.
petang baru ada. tu pun taaruf je. biasa la. kelas first la katakan. :)

semua kelas berjalan lancar selama seminggu. kira ok la.
lupa nak ckp. shortsem ni aku amik arab je. satu subjek. cam rilek je kan bunyik.
tapi hakikatnya Arab aku ni ada 32jam seminggu sepatutnya. tp department Arab baik hati, diorg cut jd 28jam.
korg kira la satu hari berapa jam kelas arab. haha.

Bahasa Arab? 95% akan ckp bahasa ni susah la, pening nak belajar la, apa la.
mmg akan ada byk alasan. tapi kene ingat, bahasa Arab bahasa syurga.
taknak ke kita belajar bahasa ahli syurga. kita kan semua berasal drpd syurga.
kampung halaman kita syurga. mesti kita nak balik semula ke kampung kita kan?
cuba kita fikir2kan.

kenapa perlu cakap susah? cuba jadikan subjek Arab ni subjek yg kita minat mcm kita minat sejarah ke, bio ke, chemist ke, syariah ke. boleh? mesti boleh kan?
kalau kita nak semua boleh jee. kalau yg taknak tu mmg la ckp tak boleh.
lughoh arobiyyah hiya lughoh jannah, lughoh anbiya, lughoh dhod.
even kat UIA ada je yg mengeluh psl subjek ni.
tak ke patutnya kita bangga kita belajar bahasa baginda kita yg kita junjung.
dok selawat nabi hari2, sedap bukan main lagi. tp tak nak belajar Arab. tak suka. isk3. sedih siot.
tak ke nabi bangga umat baginda bukan takat syg kan baginda, tp siap belajar bahasa Quran lagi.
pehhh. mmg terbaik laaa. Allah dgn nabi pun syg kita la cmtu. kan kan kan?

jadi, pikir2kan laa. bahasa Arab bukan beban, tapi kelebihan malah anugerah yg Allah bagi kat kita.
take advantage okeh? ;)
lai lai semua kita belajar bahasa syurga. nnt kat dlm syurga boleh kecek Arab beb. style kan? :)

rasanya sampai sini je kot utk post kali ni. nnt ada masa, insyaAllah akan dipost lagi apa2 yg patut :)

salam alayk aidhon!

Tuesday 15 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa 2. must read.

assalamualaikum. apa khabar semua? harap sentiasa berada dlm keadaan yg baik. insyaAllah. alhamdulillah, masih lagi berkesempatan utk post blog ni. taktau lah berapa panjang lagi umur kita kan :)

pada 15mac2011, aku keluar rumah, lepak2 dgn member2 sbpis aku dulu. hehe. ahmad azfar, syafiq k, huzaifah ngn alep daud. bukan senang nak jumpa diorg ni (azfar, syafiq, cepah). so, ada kesempatan ni, jumpa la diorg. bukan selalu kan :) nak2 pulak aku mmg rapat dgn diorg. hehe.


so, aku gerak dr rumah dlm pukul 9.30 mcm tu. then terus ke mahkota parade. azfar dah sampai dulu dgn syafiq. then aku jumpa diorg kat dlm mp tu. dah lama tak jumpa. azfar dah makin kurus, syafiq still same as usual. as simple as he can be. haha. then dah jumpa, salam2 apa semua, cepah dgn alep lak dtg. kitorg pusing2 mp jap. then cadang2 nak buat apa nnt. katanya nak tgk wayang. ok lah. layan je la. hehe. tp nak tgk kat gsc dataran pahlawan la. kat depan je pun. then jalan2 sampai dp, g gsc dia. ramai gak la org. :)

azfar pegi kat kaunter, nak beli tiket. kitorg tak kisah nak tgk cite apa pun. apa2? Rango 5 org. haha. layan Rango. Johny Depp. mmg best. sama je perangai mcm dlm POC. kelakar. hahaha. cite tu lama la gk. dlm 1jam45minit. sambil makan popcorn dlm tu. habis dlm pukul 1.45 lbh kurang. pergi surau dp yg sempit tu. haishh. buat la besar sket. hahaha. aku ni dah la besar. XD lupa nak ckp. keluar je wayang lepas tgk Rango, budak2 ni semua gentle, layan wayang lagi. haha. cite nyer? HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. haha. cite yg aku dah tgk. tp diorg belum lg la. aku pun set je. aku g kaunter. beli HMM 5. duduk belah tepi. layan. mmg best pun. aku tak kisah :)

lepas solat zuhur, pegi makan kat kedai mamak. masing2 bayar sendiri. haha. kalau dah keje boleh la nak belanja2 kan. then cepat2 pegi gsc. HMM dah nak start, pukul 2.40pm. kali ni msk tak beli apa2. dah kenyang. alhamdulillah. syukur2. nabi dulu pun hidup susah. kalau takde makanan, nabi puasa. kita ni dah cukup senang dah. tu pun still susah nak bersyukur. masuk balik cite. tgk la HMM. lama gak. dalam 1jam50minit. aku duduk sebelah syafiq. hehe. tgk2 babak2 dia lawan apa semua. ramai jugak yg tengok.

habis je cite. keluar. terus pegi surau mp. solat asar pulak. azfar pun park kereta dia kt sana. tiket syafiq balik seremban pukul 5.30. sampai2 je kat mc, bas dia da jalan. lambat dlm 10 minit. terpaksa la dia beli tiket baru :) pukul 6.30. then azfar teman dia sampai dia naik bas. aku balik naik bas balik rumah. bas biasa je. takde express pun. hahaha. sampai rumah dlm pukul 7. lambat sungguh. haha. lupa nak ckp.

ohh. lupa nak ckp. sebelum tgk Rangi, azfar belanja kitorg mkn kek secret recipe. thank u azfar. haha. aku amek satu slice choc indulgence. member2 yg lain ada yg amek strawberry, butter. macam2 lagi. haha. kitorg tukar2 la time mkn tu. we owe u azfar. :) thats what we call friendship :)

masing2 sudah sampai rumah. alhamdulillah. hari ni mmg best. nnt kalau panjang umur kita jumpa lg eh guys.
kau org mmg best! :)

apa pengajaran hari ni? hmmm. persahabatan. kitorg mmg baik dr zaman sekolah lagi. dkat sekolah dulu lagi, kitorg mmg biasa nya blanja2 ni. nak2 kalau mlm balik wajib. mlm tu jarang nak blaja. ddk kantin, mkn2, borak2. haha. aku rindu saat2 tu semua. tak lupe gak. ada member aku lg sorg. akmal haziq. kat uitm puncak alam. bila lagi kitorg boleh jumpa kau bro? we're rhazes kan (al-razi, nama kelas kitorg).

jadi, bila kita dah bina persahabatan dgn someone, jaga dgn baik. bersahabat kerana Allah. ingat tu ye. jg kawan kita baik2. skrn mmg susah nak jumpa kwn2 yg betul2 baik. ingat ye :)

ada masa kita keluar lagi kwn. miss u guys :) ukkhwah fillah.

salam alayk aidhon :)

Saturday 12 March 2011

dimana sensitiviti sebagai seorang Muslim!

assalamualaikum. apa khabar semua? harap sihat2 je ok :)

alhamdulillah, masih lg dikurniakan nikmat masa, nikmat kesihatan utk type di blog aku ni.
tp peliknya kita sbg seorg Muslim, jarang dan jauh sekali utk bersyukur dgn nikmat kurniaan Allah ni kan?
biasalah tu. kalau dah tak sihat, kalau dah busy dgn kerja2 yg byk, barulah kita nak berdoa, baru nak carik Allah. tak malu sungguh kan  kita ni. lepas tu nak masuk syurga pulak. amalan tah seberapa. dosa lagi berat dari pahala. huhu. sama2 muhasab diri kita ni. malam2 sebelum tidur tu amek la kalkulator, kira dosa yg kita dah buat ni. okeh??? :)

dimana sensitiviti kita sbg seorang Muslim? tak kesah lah kita ni kuli ke, pegawai ke, penyapu sampah ke, perdana menteri ke, ceo mana2 syarikat, selagi kita ni org Islam, kita wajib mengamalkan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg dilarang. kerja2 dakwah ni bukannya kita letak di tgn mubaligh saja. dakwah itu wajib dan mesti ditunaikan oleh setiap org Muslim kan. kalau kita tinggal solat dan rasa bersalah (kalau rasa bersalah la), kita akan tetap solat, menunjukkan yg masih ada iman dlm diri walaupun sikit. tp kenapa kita rasa mcm tak bersalah bila tinggalkan dakwah? sedangkan dakwah wajib. sama saja seperti solat kan? guna akal, maknakan dgn hati, tanya diri kita sendiri.

sebagai seorg Muslim, kita kene peka dgn keadaan sekeliling kita. ambik tau apa yg terjadi sekeliling kita. contohnya tsunami kat Jepun dgn Hawaii baru2 ni. time tu aku tgh tido. bangun2 je, tgk internet, tsunami alert. terkejut! Allah yg mengkehendaki sesuatu itu untuk terjadi. kalau Allah nak buat, blh je. tak payah ambik jauh2 la. ambik dekat2 je. contoh yg sgt simple. pukul 8 sihat, then tiba2 8.15 tibe2 sakit kepala. ambik ubat. tak elok2 gak. marah! ubat tak bg effect. kau ingat ubat tu Tuhan ke nak bg kau sihat? ubat tu hanyalah wasilah saja. kalau Allah taknak bg kau sihat, tak jd jugak. takdenya kau sihat.

alert with surroundings. pernah berlaku dlm negara dulu. isu kalimah Allah yg digunakan dlm gereja. wah, bukan main marah lagi. ckp tak blh lah, itulah, inilah. padahal ada je lagi hal dlm Islam yg tak settle2. aku bg contoh yg senang la. dkat batu nisan tu, ada je kalimah Allah kan yg diukir dkat batu nisan tu. dah tu, kita dtg kubur, duduk atas batu nisan, jalan sebelah batu nisan, mana kau letak nama Allah tu? paras kaki kau? setel kan hal yg dlm kain dulu. take note that, aku tak attack mana2 side.

as a Muslim. look at ourselves. adakah kita dah cukup baik? bagi remaja2 mcm aku ni. tgk balik diri kita. tgk amalan kita. dah cukup belom? utk mereka2 yg dah berumahtangga. dah cukup nafkah yg kita bg utk keluarga? adakah kita ni pemimpin yg adil dlm keluarga kita? sang suami, jg isteri, jg anak baik2. nnt kita yg akan disoalkan. ingat tu! ni kalau isteri anak pun tak blh jaga. isteri huha huha dgn tak pakai tudungnya, rambut pulak mcm sarang tebuan. mintak kita semua dijauhkan la dari benda2 mcm ni.

tentang isu kebangkitan dekat Tunisia, Mesir dgn Libya tu, memperlihatkan kpd kita betapa mereka bersungguh utk dptkan hak mereka. utk dptkan pemerintahan yg adil. pemerintahan yg adil itu wajib diperjuangkan dan negara Islam wajib didirikan. tak guna kalau sesebuah tempat maju, tapi takde Islam kat tempat tu. rakyat2 kat negara2 tu sgt bersemangat sbb mereka tau dan sedar tentang ajaran dan tuntutan Islam di dunia ni. jihad yg besar pd zaman sekarang ni, ialah seorg rakyat yg biasa, menegur pemerintah yg zalim. Malaysia, ambik peristiwa2 ni sebagai pengajaran. kami mahu pemerintahan yg adil. take note that adil bukan pembahagian sama rata, adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. ingat tu! jgn sampai Malaysia jadi seperti negara2 tersebut. hidup kan hidup dan mati kan mati sebagai seorg mu'min di bumi Allah yg luas ni.

kami nak pemerintahan secara Islam daripada pemerintah yg betul ingin menegakkan Islam. bukan yg hanya tahu berpura2 di depan org ramai. depan2 ckp nk bangunkan negara Islam, tp dalam masa yg sama ajaran nabi ditolak sama sekali, larangan nabi seronok utk diamalkan. aku taknak ada pemerintah yg mcm ni. buat rosak negara je.

jadi, sampai sini jela post utk kali ni. insyaAllah, kalau ada lagi, akan dipost la di blog ni.
jaga diri semua. Allah is watching!
panjang umur jumpa lagi.

salam alayk aidhon :)

Friday 11 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

assalamualaikum semua? amacam? sihat? insyaAllah semua sihat2 eh :)

tanggal 10mac2011 filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) telah direlease ke panggung wayang seluruh negara.
dan aku dgn semangatnya pun pegi la wayang 10mac (khamis) haritu. nak tgk HMM punya psl. :)
sebelum tu ada gak ajak member aku, alep dgn akem. tp khamis paginya diorg tak dpt dtg.
aku tak kisah. mmg dah target nak tgk filem ni walaupun sorg2. hahaha. pe aku kesah.

sampai kat MP pukul 10. lepak2 jap. awal lagi. counter bukak pun pukul 11.
pukul 11 aku serang counter, 'kak, HMM. satu eh' haha. akak, 'satu je?'. aku, 'satu je kak'. hehe
sebelum masuk beli 100plus dgn popcorn satu. hehe. layan lah aku filem 1jam50minit tu.
starting dah agak style. hahaha.
habis je filem tu, pandangan aku, filem ni best la. mcm tak caya aky tgh tgk filem org melayu buat. :)
mmg berbaloi2 la RM8 beli tiket. hehe. best gak layan wayang sorg2. hehe.
dlm panggung tu, ada la mamat duduk belakang aku pun sorg gk. agaknya dia mcm aku lah. haha.
yg lain ada yg couple, serabut je aku tgk. geli geli geli. then ada pakcikmakcik tgk gak. sweet habis. haha.
yg ni aku tak kisah la psl dah halal. yg HARAM ni buat spoil HMM je. hahaha.
pakai, makan minum pun mak bapak tanggung lagi.

tgk wayang pun dpt pengajaran. kalau nak tgk, takyah la tgk dgn couple. menimbulkan prasangka org lain terhadap kau jee. tgk jela dgn member2 mcm aku ni (bukan cite HMM la tapi).

di kesempatan ini, izinkan aku memberi sepatah dua (walaupun sebenarnya lebih). hehe.
sakit mata aku tgk org dating segala bagai ni. merosakkan minda jee. totally! bukan nak ckp apa la tapi, mmg mcm tak kene. aku pun taktau asal, tp mmg mcm tu la aku rasa. hoho.
nak2 yg pegang2 tgn, peluk2. lemah la aku tgk. serius lemah. hahaha. rasa nak je sepuk kau tahu!

ada hadith yg mengatakan bahawa, cucuk tombak yg berkarat kat kepala lebih baik drpd bersentuhan lelaki dan perempuan yg bukan mahram.
jadi beringat la anda yg berada di luar sana.

tugas sesama Muslim mmg utk saling mengingati. org yg mengingatkan pun ingat, yg diingatkan pun ingat.
insyaAllah, sama2 la kita menuju ke arah kebaikan :)

sampai sini je nukilan utk kali ni. jaga diri korg. remember, Allah selalu memerhatikan kita kerana Dia Maha Melihat! :)

salam alayk aidhon!

Hikayat Syamim Amin :)

Assalamualaikum.

selawat dan salam ke atas Rasul junjungan kita.
sesungguhnya Allah dan para malaikat juga berselawat ke atas baginda :)
betapa mulianya Rasul junjungan kita. bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai umat baginda :)

inilah post pertama aku. haha. terima kasih kpd sesiapa yg dtg singgah. buruk lg page ni. maklumla, baru buat. ni pun tah apa benda la yg aku buat. haha. maaf la. nnt kalau free insyaAllah aku try utk betterkan blog ni.

ohh. lupa nak ckp. sekarang aku tengah suka dengar lagu Sedetik Lebih- Anuar Zain. haha.
ok poyo.

so, sampai sini je kot post first aku. korg jaga diri la kat luar sana.
dunia ni penuh dgn penipuan yg nyata, kita boleh nampak, tapi dibutakan dgn hati kita yg penuh dgn titik hitam.
sama2lah kita cuba utk memperbaiki diri ini, insyaAllah :)

salam alayk aidhon :)