Wednesday 1 June 2011

percubaan menulis.

pada waktu petang begini memang sangat seronok rasanya melihat keindahan alam. lebih-lebih lagi jika berada di tepi laut, melihat matahari terbenam. terbenamnya umpama ditarik ke dasar laut. tetapi hakikatnya matahari ini pergi melaksanakan arahan Allah di tempat lain pula. memang begitu. inilah yang dinamakan putaran alam.

"ayah, siapa yang buat matahari?", tanya Khalid kepada ayahnya.

"Allah yang buat matahari tu wahai Ahmad Khalid", jawab ayahnya dengan senyuman manis terukir di wajahnya. Ahmad Khalid. itulah nama yang dipersetujui olehnya dan arwah isterinya dahulu, Siti Sofiya. Khalid sekarang sudah berumur 4 tahun, manakala adik kecilnya Naurah Syafiqah baru berumur 2 tahun. Sofiya, bersabung nyawa ketika hendak melahirkan Syafiqah. namun, setiap segala sesuatu itu milik Allah termasuk Siti Sofiya bt. Majid.

"Allah buat apa lagi ayah?", tanya Khalid lagi. jiwa kecilnya meronta-ronta ingin tahu apa lagi yang Allah buat di dunia ini walaupun dia masih kecil.

"hmmm.. segalanya anakku. Allah yang ciptakan segalanya, termasuk diri Khalid sendiri.", jawabnya sambil mencebikkan bibirnya ke arah Khalid.

memang indah pada waktu petang ini. Syafiqah sudah lama dibuai mimpi di dalam kereta. hanya Khalid dan ayahnya yang melihat matahari terbenam itu. kawasan itu memang tidak ramai orang kerana tempat itu sedikit tersorok. umpama tempat rahsia.

"mari sini Khalid, ayah mahu dukung kamu. sudah lama rasanya tidak mendukung kamu. sudah berat agaknya. hahaha.", lalu Ahmad Zhariff pun mendokong anaknya.

"ikut apa yang ayah sebut tau Khalid. subhanAllah. cepat ikut." kata ayahnya.

"subhanAllah." Khalid meniru apa yang ayahnya sebut tanpa banyak soal.

kemudian Zhariff pun tersenyum melihat anaknya itu. memang dia sayangkan anak-anaknya itu lebih daripada dirinya sendiri. walaupun dia tidak mampu menjadi ayah yang terbaik di dunia ini, namun dia tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk Khalid dan Syafiqah. kerana itulah janjinya terhadap isterinya sebelum dia meninggal dunia 2 tahun yang lalu.

"ingatlah Khalid, di dunia ini tiada yang kekal melainkan Allah. tiada yang berkuasa melainkan Allah. Allah jualah pemilik kerajaan yang takkan pernah pupus. ingat tu!" pesan ayahnya bersungguh-sungguh dengan tujuan supaya Khalid sematkan kata-kata itu ke dalam sanubarinya.

memang. Allah jualah yang akan kekal. kekal selama-lamanya. dan kita al-Quran sebagai petunjuk untuk umat manusia. tapi sayang, manusia jugalah yang menggelapkan hati mereka sendiri. inilah yang terjadi ke atas umat Islam pada hari ini. sedih melihatnya. tetapi, hidayah itu milik Allah. hak mutlak Allah. Allah kurniakan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Khalid merenung jauh ke arah laut. melihat matahari yang 'ditarik ke dalam laut'. dia melambai-lambai ke arah matahari itu sambil diperhatikan ayahnya.

"jomlah kita balik Khalid. malam ni ayah masakkan lauk yang sedap untuk Khalid dan Syafiqah." kata Zhariff sambil menarik tangan Khalid menuju ke arah keretanya itu. Khalid menuruti saja kata-kata ayahnya.

tamat.



kisah ini takde kene mengena antara yang masih ada atau yang dah takde. first time kot menulis ni. haha. cerita tah pape je kan. haha. maklumlah, baru je start. ni pun bosan. takde idea lah. huhu. harap kita boleh ambik apa yang baik, dan yg buruk tu buang jauh2 dari hidup kita.

kawan2, ingatlah. Allah jualah yg berkuasa di dunia ini. Allah Maha Besar. ingat tu ye! :)
insyaAllah kalau ada idea lagi, akan dipost dlm blog ni. jaga diri semua. ;)

salam alayk!

No comments:

Post a Comment