Saturday 21 May 2011

Muhammad Bin Abdullah, kekasih Allah.

assalamualaikum semua. apa khabar? harap semua baik2 saja. rasanya ni post utk yg pertama bulan Mei ni. jarang update blog la. maaf semua. alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat drpd Allah. nikmat masa, nikmat sihat dan mcm2 lagi la nikmat kan. tak terkira. betapa sayangnya Allah pada kita kan. jadi, bagaimana pula dgn kita? tepuk dada, tanya iman. :)

insyaAllah post kali ni sedikit sebanyak mengenai kekasih Allah, Muhammad Rasulullah SAW. berapa ramai antara kita yg akan sebak hatinya, meruntun jiwanya apabila diingatkan mengenai insan yg zuhud ini. Muhammad Ibn Abdullah, Al-Amin. tak pernah bercakap bohong. Rasul yg terakhir, pembawa risalah, ayat-ayat cinta yg amat suci drpd Allah. Allah turunkan al-Quran kpd hambanya dgn tujuan kitab ini akan menjadi petunjuk kpd manusia sehinggi hari Qiamat kelak.

tapi berapa ramai antara kita yg sentiasa ingat kpd Baginda Muhammad, pemimpin teragung di dunia ni? selawat dan salam ke atas Rasul junjungan kita. Allah dan para malaikat pun berselawat. jadi, kita pun kene la berselawat ke atas nabi. banyak fadhilatnya.

Nabi Muhammad, tak pernah hidup senang. Baginda hidup bagi menyempurnakan tugasnya sebagar seorg Rasul. Rasul yg menjadi kekasih Allah sepanjang zaman. kelahiran Baginda membawa rahmat ke seluruh alam. knp dikatakan seluruh alam? mcm2 alam ada di dunia ni. alam manusia, alam batu, alam pokok dan mcm2 lagi. pernah suatu ketika batu yg nabi gunakan bergerak sendiri. bila ditanya, kenapa tak mahu berhenti? batu itu mengatakan bahawa dia tak nak tergolong drpd golongan ahli neraka. ini batu! bukan manusia. bagaimana pula dgn kita kwn2? batu pun tak ingin mencampakkan dirinya ke dlm neraka. jadi kenapa perlu kita menjerumuskan diri kita ke neraka? kalau kita boleh pilih utk jadi kurang baik, kenapa tidak pilih utk jadi lebih baik? fikirkan sebaik mungkin.

Muhammad Ibn Abdullah. tak pernah merasa utk hidup dlm kemewahan. kekasih Allah sendiri tak pernah merasakan kesenangan, kemewahan dunia yg sementara ni. siapa kita utk lebih senang dan mewah drpd Rasul kita tu? jika tiada makanan, Baginda akan berpuasa. kalau mkn pun mkn roti saja. takde mcm kita sekarang ni, ayam masak lemak cili api, ikan keli sambal, mcm2 lagi. Baginda tak rasa semua tu. betapa susahnya hidup Baginda. walaupun  seorang pemerintah!

tgk balik pada diri kita, adakah kita jauh atau dekat kpd Nabi Muhammad. jgn lah buat sesuatu yg menjauhkan diri drpd Baginda. sesungguhnya Baginda amat mencintai kita. tapi, bagaimana dgn kita? sudah cukup cintakan Allah? sudah cukup cintakan Rasulullah? tanya diri kita sendiri sbb kita lebih arif mengenai diri kita.

marilah kita sama2 berubah ke arabb kebaikan. berusaha ke arah tu. tunjukkan usaha. tabahkan hati. Allah sentiasa bersama kita. mmg tugas antara manusia, saling mengingati. bila kita ingatkan org lain, insyaAllah kita pun akan ingat kan :)

jadi, rasanya sampai sini saja utk post kali ni. insyaAllah, kalau berkesempatan, berkelapangan, dikurniakan idea yg sementara drpd Allah, akan dicurahkan idea di sini. aseef jiddan kalau ada salah bicara. manusia sentiasa awam dgn kesilapan dan dosa. mohon sama2 dijauhkan daripada syaitan dan iblis, insyaAllah. jadi, kwn2, jaga diri kat luar sana ye :)

salam alayk! :)

No comments:

Post a Comment