Friday, 29 April 2011

Islam..

assalamualaikum semua. apa khabar? harap anda semua baca post ni dlm keadaan yg sihat, insyaAllah.
segala puji bagi Allah, Tuhan dan Pemilik sekalian alam, sekalian makhluk. sujudlah kpd Allah, dan jgn sesekali ingkari perintah dan larangan-Nya. Allah yg mencipta kita, jadi Dia lebih tahu apa yg baik dan apa yg buruk bagi kita kan :)

sentiasalah berbuat amal kebaikan. jgn rasakan diri kita ni dah baik sgt. jgn jgn jgn ye :)
syaitan dulu yg menyembah Allah sebelum Allah cipta kita. sujud kpd Allah dgn sebenar2 sujud. takut kpd Allah.
bertaqwa lah kpd Allah. krn itulah yg membezakan kita dgn org lain. keimanan dan ketaqwaan kpd Allah! :)

jadi, perkara yg ingin dibincangkan kali ni ialah agama Islam itu sendiri sbg agama rasmi seperti yg termaktub dlm Federal Constitution negara kita ni. masuklah bab law sikit. :)
jadi seperti yg kita ketahui, Islam ni agama yg tertinggi, teragung yg dibawa oleh manusia yg baik, takde tolok bandingnya. rasulullah yg membawa cahaya bkn saja utk manusia, tp utk sekalian alam. meliputi sekalian alam! begitu besar kuasa Allah. masih lagi ada sesetengah pihak yg tak dpt melihat perkara ini. semoga diberi petunjuk oleh Allah. :)

Islam didahulukan, hudud diperjuangkan. itulah yg sepatutnya diperjuangkan oleh mereka yg beragama Islam. dahulukan Islam sebagaimana nabi muhammad rasul junjungan kita lakukan. lihat bagaimana baginda melaksanakan tugas baginda dgn sebaik mungkin. tiada sbb utk kita beri alasan. zaman baginda jauh lebih susah, tetapi baginda dpt lakukan tugasnya sbg seorg rasul, pemimpin, suami dan seorg ayah dgn cukup baik.

jika inginkan contoh pemimpin yg terbaik, Muhammad bin Abdullah lah insannya. jika inginkan contoh suami yg baik, Muhammad bin Abdullah lah insannya. begitu juga dgn ayah. bagaimana baginda mendidik isteri2 dan anak2 baginda dgn begitu baik sekali. sungguhpun byk tugas yg dipikul oleh nabi. tak lain tak bukan, semestinya Nabi Muhammad merasakan setiap perkara itu adalah tugas yg besar yg dikurniakan oleh Allah, kekasihnya.

jika kita rasakan kita ni sudah menjadi seorg muslim atau mukmin yg cukup baik, muhasabah semula diri kita.
fikir apa yg kita dah buat. adakah amalan kita sudah cukup utk mengalahkan timbangan dosa kelak? fikir2kan. kita sbg org Islam, sepatutnya merasakan setiap tanggungjawab itu adalah anugerah drpd Allah dan wajib dilaksanakan dgn sebaik mungkin! nnt dlm kubur, kita jugak yg kene soal. takde siapa yg boleh tolong kita. kita sendiri yg akan jawab. apa yg kita bawak utk menghadap Allah kelak?! harta? pangkat? semua tu tak dpt tolong kita. hanya amalan saja yg akan diambil kira.

letakkan dlm diri kita tanggungjawab sbg muslim. nnt kalau Allah tanya kita, apa sumbangan kau terhadap agama-Ku? apa kita nk jwb? apa yg kita dah buat, apa yg kita dah tolong utk tegakkan syiar Allah di muka bumi ni? berapa byk sgt la kita dah buat berbanding mereka yg terdahulu drpd kita. mereka jauh lebih mulia drpd kita. jgn nak perasan diri kita dah baik sgt!

sbb tu setiap hari kalau boleh sebelum tidur tu, ambik kalkulator, kira berapa byk dosa kita dah buat sejak kita celikkan mata kita. tak payah kira pahala. kira dosa je.fikirkan amalan kita. 20 tahun, 30 tahun hidup di bumi, apa jasa kita pada Islam?

jadi kwn2 sekalian, sampai sini dlu post utk kali ni.
insyaAllah jika berkelapangan, akan dipost lagi mengenai tajuk2 yg lain.

segala puji bg Allah yg meminjamkan kita masa-Nya utk membaca, berkarya dan lain2 lagi.
semoga menjadi insan yg lebih baik dlm hari2 yg mendatang.
Allahumma ameen.

salam alayk! :)

No comments:

Post a Comment